Dr Ridhuan Tee
Apakah UMNO sudah lupa Maqasid Syariah yang diperjuangkan selama ini?
Ada yang berpandangan kerjasama UMNO dengan ultra kiasu petanda baik hubungan etnik. Macamlah selama ini UMNO tidak bekerjasama dengan etnik bukan Melayu. Macamlah selama ini UMNO tidak menatang bukan Melayu, sehingga hilang tanah-tanah Melayu.
Macamlah selama ini bukan Melayu dianiayai dan ditindas? Rata-rata bukan Melayu hidup aman damai dalam sebuah negara Islam. Kekayaannya melimpah ruah menenggelamkan pribumi itu sendiri. Rumah ibadat yang didirikan di tanah kerajaan, menenggelamkan masjid surau.
Pada hemat saya, kenyataan kerjasama UMNO dengan ultra kiasu hanya satu gertakan sahaja kepada PN terutamanya, supaya jangan kesampingkan UMNO, selaku big brother.
Jika pun benarlah akan berlaku kerjasama, ingin saya bertanya, sudah lupakah UMNO maqasid Syariah yang diperjuangkan selama ini. Mahu menjaga agama, nyawa, keturunan, akal dan harta.
Tahniah PAS, kerana telah membuat keputusan yang sangat berhikmah dalam menangani krisis kerajaan Perak.
Jika UMNO sudah lupa, mari saya ingatkan semula bahayanya ultra kiasu. Adakah kita mudah lupa bahawa
1. Ultra kiasu paling tegar menentang Islam sejak mula ditubuhkan? Langkah mayat untuk tubuhkan negara Islam.
2. Ultra kiasu mahukan Islam disamaratakan dengan agama lain? Tidak ada yang dominan.
3. Ultra kiasu memperjuangkan Malaysian Malaysia, Malaysia untuk orang Malaysia, tidak ada hak istimewa mana-mana bangsa?
4. Ultra kiasu memperjuangkan sama rata sama rasa?
5. Utra kiasu memperjuangkan negara republik, tidak mahu kepada sistem beraja? Ultra kiasu bersama-sama pelajar menyokong demontrasi anti raja di Thailand?
6. Ultra kiasu memperjuangkan liberalism dan pluralism?
7. Ultra kiasu mahukan negara ini menjadi negara Kristian?
8. Ultra kiasu pejuang tegar penternak babi?
9. Ultra kiasu pejuang tegar tanah haram musang king?
10. Ultra kiasu mahukan arak berleluasa, dijual siang malam tanpa henti?
11. Ultra kiasu inilah paling tegar menentang jawi?
12. Ultra kiasu yang memutarbelitkan sejarah negara ini? Komunis itu adalah pejuang
13. Ultra kiasu menolak ketuanan bangsa Melayu? Melayu juga dikatakan sebagai pendatang
14. Ultra kiasu majoriti pemimpin terdiri dalam kalangan Kristian Evangelis yang mengkristiankan negara ini?
15. Ultra kiasu menjadi berperanan dalam memecahbelahkan parti politik Melayu Islam?
16. Ultra kiasu mencanangkan diversiti, menolak identiti Melayu?
17. Ultra kiasu tidak mahu melihat ada anak Melayu berpegang kepada ajaran Islam, istilah pengAraban (Arabisation) dan Taliban, digunakan?
18. Ultra kiasu sentiasa membela pelajar-pelajar di universiti yang menimbulkan masalah seperti mempertikaikan hak pribumi?
19. Ultra kiasu mempunyai hubungan akrab dengan ultra kiasu negara jiran dan Yahudi?
20. Ultra kiasu mahukan bahasa ibunda mereka dimartabatkan sama kedudukannya seperti Bahasa Melayu?
21. Ultra kiasu mahu mahkamah syariah dihapuskan?
22. Ultra kiasu mahu melaksanakan agenda tuntutan 14 perkara Inter Faith Council? Misalnya, seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi Islam.
23. Ultra kiasu mendesak kerajaan membuka ruang seluasnya untuk bukan Islam campur tangan dalam hal ehwal Islam?
24. Ultra kiasu mahukan undang-undang Islam tunduk kepada norma antarabangsa yang merosakkan akidah?
25. Ultra kiasu ini juga yang mahukan orang Islam bebas untuk murtad. Undang-undang tidak boleh dikenakan kepada si murtad?
26. Ultra kiasu mahukan kes murtad atau sebarang kes Islam berkaitan mereka, tidak boleh dikendalikan oleh Mahkamah Syariah?
27. Ultra kiasu ini mahukan bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam?
28. Ultra kiasu ini mahukan pasangan suami atau isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak?
29. Ultra kiasu ini juga mahukan kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah ibadat orang bukan Islam?
30. Ultra kiasu ini mahukan bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan suci Islam, contoh kalimah Allah?
31. Ultra kiasu ini juga mahukan Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia mesti boleh diedarkan secara terbuka kepada semua?
32. Ultra kiasu ini juga mahukan pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah?
33. Ultra kiasu ini juga mahukan program dakwah agama lain selain Islam mesti dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing?
34. Ultra kiasu ini juga mahukan orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan semua orang?
35. Ultra kiasu celupar campurtangan dalam hal ehwal Islam, sedangkan kita tidak pernah campurtangan urusan agama mereka?
Sebenarnya banyak lagi yang boleh saya nukilkan di sini. Jika tidak nampak lagi, saya tidak tahu nak buat apa dah. Apa nak jadi dengan anak cucu cicit kita nanti. Apakah UMNO mahu melihat ini semua? Jika berada dalam kerajaan, mereka akan menjadi musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan.
Jika benarlah UMNO terlalu mahukan kuasa, UMNO boleh ambillah kesemua jawatan Exco tatkala PAS telah pun mengeluarkan kenyataan menolak sebarang jawatan Exco jika diberikan, tetapi mahu terus memperkukuhkan PN. Apa yang penting, kelangsungan PN perlu diteruskan demi agama, bangsa dan negara.
